icon-search
icon-search

7 Tips menangani Resdung (Sinusitis) di rumah

7 Tips menangani Resdung (Sinusitis) di rumah

APA ITU SINUSITIS?
Sinusitis atau resdung merupakan satu keradangan yang berlaku di kawasan sinus. (kawasan yang terlibat adalah seperti rajah di bawah)


sinusitis

APAKAH PUNCA UTAMA SINUSITIS?
Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor rangsangan seperti asap, cuaca sejuk, habuk, debunga & bulu haiwan. Setiap individu mempunyai faktor rangsangan yang berbeza, jadi penting untuk anda mengenal pasti faktor rangsangan masing-masing supaya kekerapan sinusitis dapat dielakkan 



ADAKAH SINUSITIS BOLEH SEMBUH?
Oleh kerana sinusitis turut berpunca dari faktor genetik, maka kebarangkalian untuk sembuh adalah kurang. Namun begitu, penghidap resdung boleh mengambil ubat jenis 'anti-histamine', 'corticosteroid nasal spray' & 'nasal decongestant' yang boleh didapati di farmasi untuk melegakan simptom resdung yang sedang dialami.


Mereka juga perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai farmasi terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian ubat dan dos yang perlu diambil.



TIPS MENANGANI SIMPTOM RESDUNG DI RUMAH

  1. Minum air yg banyak (6-10 gelas sehari) utk mencairkan lendir dalam sistem pernafasan.
  2. Pasang 'humidifier' (jika ada) untuk mengekalkan kelembapan di dalam rumah.
  3. Bilas hidung menggunakan air 'normal saline'. Ianya boleh dibeli di farmasi dan boleh didapati dalam bentuk spray.
  4. Kurangkan minum kafein atau alkohol kerana ia menyebabkan dehidrasi badan.
  5. Tinggikan posisi kepala ketika tidur agar hingus mudah keluar lantas mengurangkan gejala hidung tersumbat.
  6. Elakkan makanan penyebab alergi.
  7. Sedutan wap membantu untuk mencairkan hingus dan mengurangkan hidung tersumbat.


SUPLEMEN YANG MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN RESDUNG

  1. Vitamin C. Kandungan antioksidan yg tinggi dalam Vitamin C boleh mengurangkan radikal bebas yg boleh menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan.    BUY NOW!
  2. Ekstrak yeast beta glucan. Ekstrak ini boleh mengaktifkan sel darah putih di dalam paru-paru untuk menghasilkan lebih banyak antibodi dalam badan.
  3. N-Acetyl Cysteine  Membantu mencairkan kahak & meningkatkan perlindungan paru-paru.   BUY NOW!
  4. Ekstrak cordycep. Membantu menguatkan paru-paru & melegakan iritasi pada saluran pernafasan.   BUY NOW!
  5. Bawang putih. Mengandungi kandungan 'phytochemical' allicin & organosulfur yang membantu tingkatkan imunisasi badan dan mengurangkan keradangan.




RUJUKAN:
1) Sinusitis.MIMS Pharmacy Malaysia Patient Counselling Guide 2016/2017.
2) Preventing Common Cold with Garlic Supplement: A Double Blind-Placebo- control



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping