icon-search
icon-search

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Ekzema

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Ekzema

Ekzema Boleh Dirawat Atau Tidak?

Apakah ekzema?

Ekzema sering dikaitkan dengan masalah kulit gatal, kering dan kemerah-merahan. Tapi adakah kita benar-benar tahu definisi ekzema tersebut? Secara umumnya, ekzema adalah simptom keradangan dan kegatalan kulit yang kompleks dan kronik. Ekzema atopic atau dermatitis ekzema adalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan kita.

Majoriti kes ekzema bermula dari sejak kecil dan boleh berterusan sehingga dewasa. Sesetengah bayi hanya akan menghadapi masalah ini untuk beberapa tahun sahaja, namun segelintir individu pula mungkin mempunyai gejala ekzema untuk sepanjang hayat.

Punca sesetengah orang menghadapi ekzema.

Antara faktor yang mencetus masalah ekzema adalah pewarisan perubahan genetic filaggrin yang akan menganggu lapisan kulit. Daya tahan kulit akan menjadi lemah dan membuat kulit menjadi kering. Selain itu, ia juga sering dikaitkan dengan sistem immunisasi badan yang lemah dan masalah persekitaran.


Gejala penghidap ekzema.

Kebanyakan pesakit ekzema akan mengadu tentang kegatalan kulit. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit namun lebih kerap terjadi di kawasan siku, lengan, belakang lutut, pipi dan kulit kepala. Selain kulit gatal, penghidap ekzema juga boleh mempunyai gejala seperti berikut:

  • Kulit bersisik dan tebal.
  • Ruam atau tompok-tompok merah.
  • Kulit berkerak akibat daripada menggaru (boleh terdedah kepada jangkitan bakteria).
  • Tompok kecil yang mempunyai cecair jernih.

Tahap keterukan gejala ekzema pula bergantung kepada setiap individu dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.


Rawatan ekzema

Setakat ini ekzema bukanlah penyakit yang boleh sembuh namun ada pelbagai cara untuk mengawal simptom ekzema dengan baik. Antaranya ialah;

  1. Pemakaian pelembap adalah sangat penting untuk penghidap ekzema. Pelembap akan memperbaiki lapisan kulit dan mengelakkan kekeringan kulit yang akan menyebabkan kegatalan. Antara formulasi pelembap yang boleh didapati di pasaran adalah seperti krim dan lotion yang sesuai digunakan pada waktu panas atau bersama produk kosmetik. Pelembap jenis ointment pula jenis berminyak yang sesuai disapu pada waktu malam.
  2. Krim steroid dan calcineurin inhibitorIa boleh membantu untuk mengawal keradangan kulit dengan cepat. Pemilihan krim steroid bergantung kepada keperluan individu seperti umur, kawasan ekzema dan tahap keradangan. Penggunaan krim steroid perlu dipantau setiap 3-6 bulan untuk memastikan keberkesanan dan untuk mengelakkan kesan sampingan jangka masa panjang.
  3. Wet wrap therapy (WWT). Kaedah ini menggunakan pembalut fabrik elastik bersama pelembap dan krim steroid. WWT bersama krim pelembap boleh digunakan pada bila-bila masa, tapi sekiranya digunakan dengan krim steroid, ia perlu dihadkan sehingga 14 hari sahaja.

6 langkah untuk menggunakan wet wrap therapy;

  1. Rendam kain elastik dalam air suam dan keringkan.
    1. Selepas mandi, sapukan pelembap di kawasan ekzema.
    2. Sapu krim steroid (jika perlu).
    3. Balut dengan kain elastik yang direndam tadi.
    4. Kemudian balut pula dengan kain elastik yang kering.
    5. Basahkan kain di bahagian dalam secara berkala.

Antara kebaikan WWT adalah ia boleh mengurangkan kegatalan, elak kawasan ekzema daripada digaru, menyejukkan dan melembapkan kulit. Kaedah ini boleh digunakan selama 24 jam dan perlu diperbaharui setiap 4 jam.

Bagaimana cara untuk kawal gatal ekzema?

Setiap individu yang mengalami masalah ekzema perlu kenal pasti akan pencetus masalah kulit tersebut. Antara pencetus yang sering dikaitkan dengan ekzema adalah debunga, haiwan peliharaan, jangkitan bakteria, hama rumah, pemakanan, perubahan cuaca, stress, kehamilan dan sebagainya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan ekzema seperti;

  • Pakai pelembap yang sesuai untuk elakkan kulit kering.
  • Balut kawasan ekzema jika terlalu gatal untuk elak daripada menggaru.
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang lembut dan ringan.
  • Lap peluh terutama di kawasan yang berlipat.
  • Guna krim gatal bebas steroid seperti Remdii Cooling Snow Cream, Suu Balm, MooGoo Irritable Skin Balm dan sebagainya.
  • Kenal pasti dan elakkan faktor-faktor pencetus ekzema anda.

Rujukan

  1. Clinical Practice Guidelines Management Of Atopic Eczema 2018.
  2. https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/eksema-tiada-ubat-penyembuh-tapi-ada-cara-untuk-merawatnya


Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping